Yayasan Johawaki terus komited dalam menyantuni masyarakat menerusi penganjuran Program Kembara Kasih 2026, yang telah berjaya menziarahi 37 keluarga Anak Angkat di beberapa lokasi terpilih.
Program ini bertujuan untuk menyantuni keluarga anak angkat yang menghidap penyakit kronik serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Antara penyakit yang dihidapi termasuk penyakit jantung, gangguan saraf, kanser, strok, kegagalan buah pinggang dan masalah penglihatan.
Sebagai tanda keprihatinan, setiap keluarga telah menerima sumbangan tunai berjumlah RM500 serta barangan keperluan asas bernilai RM150 bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.
Program ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Yayasan Johawaki dalam melaksanakan tanggungjawab sosial, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menyampaikan sokongan moral kepada keluarga yang memerlukan.
Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat memberikan sedikit kelegaan, keceriaan dan semangat kepada semua penerima dalam meneruskan kehidupan seharian.
"Menyantuni dengan kasih, menyemai harapan."
***


