Pada 11 Jun 2026, Thea Residence telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, bersama Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Dr. Tan Awang Besar, serta wakil-wakil daripada KPKT, Jabatan Perumahan Negara (JPN), Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, Indah Water Konsortium (IWK) dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa projek serta membincangkan langkah-langkah penyelarasan antara agensi berkaitan bagi mempercepatkan proses pengeluaran Certificate of Completion and Compliance (CCC).
Sepanjang sesi lawatan, para delegasi telah diberikan taklimat mengenai status pembangunan projek dan isu-isu teknikal yang memerlukan tindakan lanjut. Perbincangan yang diadakan turut memberi fokus kepada usaha memperkemas proses kelulusan dan pematuhan yang berkaitan bagi memastikan proses penyerahan kediaman kepada pembeli dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.
Kerjasama erat antara pihak pemaju, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan projek dapat disempurnakan mengikut keperluan yang ditetapkan, sekali gus membolehkan pembeli menerima dan menduduki kediaman mereka dalam tempoh yang sewajarnya.
Johawaki Holdings merakamkan penghargaan kepada YB Timbalan Menteri KPKT, Dr. Tan Awang Besar serta semua agensi yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam membantu mempercepatkan proses penyempurnaan projek Thea Residence demi kepentingan para pembeli.
***


