Sekalung tahniah diucapkan kepada Johawaki Construction Sdn Bhd (JCSB) atas kejayaan menerima Anugerah Kontraktor Cemerlang 2025 sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan (PKMM-WP).
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna dan membuktikan komitmen Johawaki Construction Sdn Bhd dalam mengekalkan standard kecemerlangan, profesionalisme serta penyampaian projek yang berkualiti dalam industri pembinaan.
Kejayaan ini turut mencerminkan dedikasi, kerjasama dan usaha berterusan seluruh warga kerja Johawaki Construction Sdn Bhd dalam memastikan setiap projek dilaksanakan dengan cemerlang serta memenuhi kepercayaan pelanggan dan pihak berkepentingan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada Johawaki Construction Sdn Bhd untuk terus melakar lebih banyak kejayaan, memperkukuh kedudukan syarikat dalam industri pembinaan serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja Johawaki Construction Sdn. Bhd. serta Kumpulan Johawaki secara keseluruhannya atas kejayaan yang membanggakan ini.
***


