JEMPOL, NEGERI SEMBILAN | 25 SEPTEMBER 2026 — Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jempol, Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, pada 25 September 2026.
Majlis ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh penyediaan infrastruktur pendidikan yang berkualiti, selaras dengan keperluan pembelajaran masa kini serta pembangunan pendidikan yang lebih holistik.
Johawaki Construction Sdn Bhd (JCSB) selaku kontraktor utama projek berbesar hati dan berbangga kerana diberi kepercayaan untuk menerajui pelaksanaan projek ini, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sebuah institusi pendidikan yang bakal menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan komprehensif kepada para pelajar.
Projek pembinaan baharu SMKA Jempol ini merangkumi 25 bilik darjah, blok akademik dan pentadbiran, kantin, surau, dewan serta pelbagai bilik khas bagi menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran. Projek ini turut dilengkapi dengan kemudahan asrama berkapasiti 750 murid, bagi menyediakan kemudahan penginapan yang lebih selesa dan teratur.
Pembangunan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan fizikal yang lengkap, malah turut mencerminkan komitmen berterusan dalam mewujudkan ekosistem pendidikan yang mampu menyokong perkembangan akademik, sahsiah dan potensi para pelajar.
JCSB berharap agar projek ini dapat disiapkan dengan jayanya dan memberi manfaat jangka panjang kepada warga SMKA Jempol serta komuniti setempat. Semoga pembangunan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan dan menyumbang kepada pembentukan generasi masa hadapan yang berilmu, berdaya saing, berakhlak dan berwawasan.
***


